Kuala Lumpur 13 Ogos – Pemaju hartanah, Paramount Corporation Bhd menerbitkan Sukuk Wakalah berkaitan kemampanan bernilai RM100 juta.
Terbitan itu adalah sebahagian daripada program nota jangka sederhana Islam tidak bertaraf Paramount yang membolehkan meningkat sehingga RM1 bilion nilai nominal berdasarkan prinsip Syariah Wakalah Bi-Al Istithmar.
Timbalan Ketua Pegawai Executif Kumpulan Paramount, Benjamin Teo berkata, terbitan itu merupakan antara langkah penting dalam usaha syarikat mengejar pembangunan mampan.
Ia juga menunjukkan komitmen kuat bagi menyepaduban amalan perniagaan dengen penjagaan alam sekitar dan tanggungjawab sosial untuk masa depan.
“Olah itu, kami menganggap diri kami bertanggungjawab terhadap standard prestasi dan ketelusan yang lebih tinge,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmInvestment Bank Bhd, Tracy Chen betrakta, kerjasama antara kedua-dua entiti itu menunjukkan bagaimana instrumen kewangan boleh dimanfaatkan untuk kesan positif alam sekitar dan social.
“Kami komited untuk memupuk perkongsian yang memacu perubahan bermakna, dan langgangan Sukuk Wakalah ini adalah bukti dedikasi kami untuk memajukan kemampanan dalam sektor kewangan,” tambahnya.
As published: Dagang News