• Skip to primary navigation
  • Skip to content
Paramount Corporation Berhad
  • Company
    50th AnniversaryCorporate ProfileCorporate HistoryVision & Mission StatementCorporate StructureBoard of DirectorsSustainabilityCorporate Governance
  • Our Businesses
  • Investor Relations
    Financial HighlightsAnnual ReportsGeneral Meeting (Minutes)CircularsBursa AnnouncementsCorporate PresentationsStock InformationFinancial CalendarDividend HistoryShare Capital HistoryShareholdings AnalysisRegistrar
  • Contact Us
  • Careers
  • News & Events
    EventsNewsroomTRIBE
  1. Home
  2. Newsroom
  3. Pembelian hartanah dijangka pulih

Pembelian hartanah dijangka pulih

Sejati Lakeside Sinar Harian

Kadar faedah yang rendah dan pelaksanaan semula Kempen Pemilihan Rumah pada Jun 2020 dijangka meningkatkan pembelian hartanah di Malaysia.

PARAMOUNT Corporation Bhd kekal yakin dengan prospek sektor hartanah di pasaran pesat membangun, terutamanya di Malaysia pada separuh kedua 2020 walaupun wujud ketidaktentuan akibat krisis koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Jeffrey Chew Sun Teong berkata, kadar pembelian hartanah dijangka pulih pada separuh kedua 2020 susulan pembukaan semula ekonomi secara berperingkat sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Pasaran pekerjaan kita amat stabil jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat dan itu bagi perkhidmatan awam.

“Kita juga mempunyai beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bagi mereka adalah sukar untuk memberhentikan pekerja kerana kerajaan mahu melindungi pekerjaan,” katanya pada sesi taklimat media mengenai prestasi kewangan separuh pertama 2020 syarikat itu di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, selain pasaran pekerjaan, Malaysia juga memiliki kekuatan lain untuk menyokong pemulihan ekonomi dalam melangkah ke hadapan, termasuk statusnya sebagai negara berasaskan komoditi.

“Harga minyak mentah global juga sedang stabil dan ia dicatatkan sebelum tempoh pemulihan penuh Perintah Kawalan Pergerakan PKP).

“Apabila keadaan kembali seperti lazim sepenuhnya, harga minyak mentah akan terus meningkat. Ini baik untuk Malaysia memandangkan kita merupakan antara pengeluar minyak mentah,” katanya.

Selain itu, Jeffrey berkata, persekitaran kadar faedah rendah, ditambah dengan pelaksanaan semula Kempen Pemilihan Rumah pada Jun 2020 dijangka meningkatkan pembelian hartanah.

Setakat 30 Jun, 2020, jualan belum dibilkan Paramount bernilai RM873 juta dengan beberapa projek yang masih dijalankan dan dijadualkan siap tahun ini, termasuk Suasana di Utropolis Batu Kawan, Seberang Perai, Pulau Pinang dan Urbano di Utropolis Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Ia juga dijadual melancarkan lima projek hartanah baharu pada separuh kedua 2020, kebanyakannya dalam suku ketiga, dengan anggaran nilai keseluruhan RM640 juta, iaitu di Sepang, Klang dan Shah Alam di Selangor, Cyberjaya serta Sungai Petani di Kedah. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/99382/BISNES/Pembelian-hartanah-dijangka-pulih
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Legal Disclosure

© 2021 Paramount Corporation Berhad
Registration No: 196901000222 (8578-A) . All Rights Reserved.

PARAMOUNT CORPORATION BERHAD
Registration No: 196901000222 (8578-A)
Level 8, Uptown 1, 1 Jalan SS21/58
Damansara Uptown 47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

T   +603-7712 3333
F   +603-7712 3322